Posted by Cikgu Radzi in Berita Utama, Pengumuman Sekolah | 40 Comments
Permohonan Pendaftaran Kemasukan Ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2012 dan 2013
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Mac 2011 sehingga 30 April 2011, permohonan pendaftaran ke Tahun 1 sesi 2012 dan 2013 hendaklah dibuat melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor. Permohonan hendaklah dibuat mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 1 Mac hingga 30 April 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Pejabat sekolah
Berikut adalah perkara yang perlu dibawa semasa mendaftar di sekolah :
- Sijil lahir / sijil anak angkat asal
- Bil utiliti (Bil eletrik/bil air)
- Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa /penjaga
- Dua sampul surat putih bersaiz 4″x9″
- Dua keping setem 60 sen
Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada :
- 02.01.2005 – 01.01.2006 (Sesi Persekolahan 2012)
- 02.01.2006 – 01.01.2007 (Sesi Persekolahan 2013)
Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal dan salinan yang diperlukan.
Semoga mendapat kerjasama dan perhatian yang sewajarnya.
Related posts:

















