Posted by Sir Asmirul in Berita Utama, Pengumuman Sekolah | 0 Comments
Makluman kepada ibu bapa
Makluman kepada ibu bapa murid-murid SK Bukit Jelutong:
1)Laporan Adap Belajar
Buku laporan adap belajar murid tahun 2 hingga 6 akan diserahkan kepada ibu bapa melalui anak masing-masing pada hari Selasa (5 April 2011). Buku laporan tersebut mestilah dipulangkan semula kepada guru kelas selewat-lewatnya pada hari Jumaat (8 April 2011).
2) KSSR
Bagi murid tahun 1, laporan akan diberikan kemudian memandangkan ada perkara baru mengenai KSSR yang akan dimaklumkan kepada pihak sekolah pada bulan April ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi penyelaras tahun 1 (Puan Junainah).
3) P & P
Memandangkan keadaan sekolah yang kekurangan guru, pihak sekolah akan menggabungkan kelas-kelas supaya pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilaksanakan. Kesulitan amatlah dikesali sekiranya murid-murid berada di dalam keadaan yang kurang selesa.
Related posts:

















