Posted by Sir Asmirul in Berita Utama, Pengumuman Sekolah | 0 Comments
Hari Terbuka Murid Tahun 1 dan Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Hari Terbuka Murid-Murid Tahun Satu anak tuan/puan akan diadakan pada tarikh seperti berikut:
Tarikh : 17/11/2011 (Khamis)
Masa : 1:30-6:00 Petang
Tempat : Dewan Seroja SK Bukit Jelutong
Pihak sekolah berharap tuan/puan akan datang menemui guru kelas dan mengambil keputusan Penilaian KSSR/SPPBS anak-anak jagaan tuan/puan. Pada masa ini tuan/puan boleh berbincang tentang kemajuan pelajaran dan masalah-masalah lain berkaitan dengan pembelajaran anak-anak tuan/puan.
Pihak sekolah juga akan mengagihkan Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2012 pada ketetapan di bawah merujuk arahan Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BKEW/BT) 1800/DJld.6 (25) yang bertarikh pada 24 Oktober 2011.
| Kelas | Tarikh | Lokasi |
| Tahun 1 | 17/11/2011
Mulai 2:00 Petang |
Dewan Seroja |
| Tahun 2 dan 3 | 17/11/2011
Mulai 2:00 Petang |
Bilik Darjah |
Related posts:

















