Nampaknya ada kelainan bagi sesi orientasi utk thn ini. Semoga SKBJ terus meningkat dalam menabur bakti kepada masyarakat sekeliling. Sekiranya tahun sebelum ini hari orientasi sekolah utk Tahun 1 hanya utk ibubapa memperkenalkan anak mereka kelas dan pendaftaran murid shj. Kali ini murid Tahun 1 sudah mula berinteraksi dgn guru mereka dan berkenalan dgn sekolah. Syabas.
Salamualaikum, Saya mempunyai 3 orang anak yang bersekolah di SKBJ. Seorang memasuki tahun 1 bagi sesi 2012. Bangga sangat-sangat dapat melihat gambar anak-anak tahun 1 2012. Barisan tenaga pengajar di SKBJ telah banyak membantu anak-anak saya. SKBJ Terbaik. Saya telah memilih sekolah yang tepat untuk masa depan anak-anak saya. Rakan-rakan saya amat terkejut dengan budi bahasa dan sopan santun yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar di SKBJ. Saya harap semua akan berterusan sampai bila-bila. MAJULAH SKBJ BAGI MENDIDIK PARA PELAJAR


















Salam, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah membantu anak lelaki saya dari 1 Beruas di kantin sekolah dengan memberinya wang belanja. Anak saya lupa yang saya telah memberinya duit belanja dan diletakkan di poket baju sekolah. Jadi apabila waktu rehat dan ingin membeli makanan, dia lupa yang duit tersebut telah dimasukkan dalam poket bajunya, lalu menangis. Ada seorang guru telah memberinya duit belanja tapi sayangnya dia tidak kenal guru tersebut. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana keprihatinannya terhadap pelajar-pelajar. Terima kasih.
- spam
- offensive
- disagree
- off topic
Like