Jan 7, 2012

Posted by in Berita Utama, Pengumuman Sekolah | 20 Comments

PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2013 & 2014

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 01 Mac 2012 sehingga 30 April 2012, permohonan pendaftaran ke Tahun Satu sesi 2013 & 2014 hendaklah dibuat melalui aplikasi dalam talian ( online ) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor.

 

 

Permohonan hendaklah dibuat mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 01 Mac hingga 30 April 2012
Masa : 8.00 Pagi – 4.00 Petang
Tempat : Pejabat Sekolah

Berikut adalah perkara yang perlu dibawa semasa mendaftar di sekolah :
1. Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat – Asal & Salinan
2. Satu Salinan Bil Utiliti ( Bil Elektrik / Bil Air )
3. Satu Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa / Penjaga
4. Satu Salinan Sijil Nikah
5. Dua Sampul Surat Putih bersaiz 4” x 9”
6. Dua keping setem 60 sen

Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada :
1. 02.01.2006 – 01.01.2007 ( Sesi Persekolahan 2013 )
2. 02.01.2007 – 01.01.2008 ( Sesi Persekolahan 2014 )

Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal dan salinan yang diperlukan.

Semoga mendapat kerjasama dan perhatian yang sewajarnya.

Kenali Sir Asmirul

telah menulis 72 di dalam website sekolah.

Penyelaras ICT sekolah

  1. Pn. Farah says:

    Salam,

    2 org anak saya akan memulakan persekolahan pd 2013 dan 2014. Anak sy yg pertama akan bersekolah pada thn 2013. Sy pernah membuat pendaftaran secara online sblm ini dlm thn 2011. Adakah sy perlu membuat sekali lg pendaftarn baru secara ‘online’? Terima kasih

    • Cikgu Radzi says:

      Jika puan pernah mendaftar secara online sebelum ini, puan hanya perlu mencetak pendaftaran tersebut dan sertakan dokumaen yang dikehendaki di pejabat sekolah selewat-lewatnya 30 APRIL 2012

  2. Salam,

    Anak saya lahir pada tahun 2006, dan akan bersekolah pada tahun 2013 adakah saya masih belum terlewat untuk berdaftar? disebabkan kelewatan ini adalah kerana saya baru berpindah ketempat baru.
    Subang Bistari,Subang Jaya Selangor. Oleh kerana saya juga tidak sempat mendaftar anak saya sewaktu di tempat lama di Sek Keb Bandar Sri Damansara.Bila saya ke SK Subang Bistari,untuk mendaftar dia meminta saya daftar online. Semoga dapat menolong ringankan masalah saya. Sekian terima kasih

    • Cikgu Radzi says:

      Semua pendaftaran ke Tahun 1 di negeri Selangor perlu medaftar secara online. Jika mempunyai masalah internet, boleh datang ke pejabat sekolah untuk pendaftaran.

  3. Saya telah mendaftar anak saya pd 9 march 2011,perlukah saya hadir pd 1 march 2012?bagaimana saya hendak tahu samada permohonan anak saya diterima?

    • Cikgu radzi says:

      Puan perlu hadir ke pejabat sekolah sepanjang bulan Mac dengan membawa cetakan pendaftaran yang telah dibuat melalui online. Permohonan yang diterima akan dimaklum secara online kemudian.

  4. Saya masih bujang and oleh yang itu, saya telah membela seorang anak lelaki kakak saya. Kini anak berkenaan berumur 5 tahun dan saya ingin membuat permohonan ke Sek Jenis Keb (C) Lick Hung, Subang Jaya, Selangor. Namun begitu, sek berkenaan meminta dokumen asal kad pengenalan ayah dan ibu serta sijil perkahwinan. Saya mendapati bahawa JPNSelangor hanya meminta salinan. Saya mempunyai salinan asal surat beranak dan MYKid kad. Tetapi adalah sukar untuk saya mendapatkan kad pengenalan ayah dan ibu serta sijil perkahwinan asal kerana mereka berada di Johor. Apakah yang patut saya buat?? Saya telah pergi ke 3 buah sek ttp kesemua sek telah reject dokumen saya.

    • Cikgu radzi says:

      Semua permohonan mesti disertakan dengan sijil lahir asal dan salinan. Sijil lahir asal diperlukan untuk dicop di bahagian belakang oleh pihak sekolah untuk mengesahkan pendaftaran tersebut.

      • Pn Sabrina Hasan says:

        Salam Cikgu Radzi,

        Saya pun sudah mendaftar anak saya online dan dokumen semua telah diberikan kepada pihak sekolah untuk pendaftaran Tahun 1-2013, bermakna saya masih lagi perlu ke SKBJ untuk pengesahan?

        • Cikgu Radzi says:

          Jika puan telah membawa semua dokumen yang dikehendaki dan telah dicop oleh pihak sekolah, puan tidak perlu datang lagi dan semak permohonan yang berjaya secara online.

  5. Bolehkah saya membuat pengesahan pendaftaran Tahun 1 2013 semasa cuti sekolah 12-16 Mac 2012?

  6. shuraya says:

    Salam. Saya cuma ingin memaklumkan kesulitan saya untuk mendaftarkan anak saya di laman web yg di nyatakan (http://www.moe.gov.my/jpnselangor). ini kerana di dalam ruangan pelajar tersebut cuma ada borang pendaftaran murid tahun 1 (2011-2012) sedangkan saya telah membuka ruangan untuk pendaftaran murid tahun 1 (2013-2014). Buat pengetahuan cikgu, anak saya akan memasuki tahun 1 pada tahun 2014. Bagaimana caranya untuk saya mendaftarkan anak saya?

  7. Bibi Misbah? says:

    Salam. Saya dimaklumkan oleh rakan saya bahawa kemasukan ke SK Bukit Jelutong kini telah ditutup kerana telah penuh. Adakah ini benar? Jika ya, apakah sekolah terdekat untuk penduduk kawasan Bukit Jelutong mendaftar? Harap cikgu dapat membantu. Terima kasih.

  8. Salam Sejahtera,

    Anak saya dilahirkan pada tahun 2007 dan saya sudah menbuat pendaftaran secara online. Adakah pemohonan saya akan dikira lewat selepas 30 Mac sebab pihak sekolah mengatakan pemohonan selepas 30 Mac akan dikelaskan Section D ( pemohonan lewat ) dan dinasihatkan untuk membuat pemohonan pada tahun 2013 untuk sessi 2014.

  9. hesaninawi says:

    saya tersalah pilih sekolah…mcm mana nk cancel…saya dah daftar secara on-line …penempatan murid tahun 1 2014…

  10. ZalizaZahari says:

    Salam, saya dah daftar untuk anak saya secara online untuk penempatan murid tahun 1 2014 pada bulan may 2012. 
    1) Mengikut keyataan di atas, tempoh untuk mendaftar adalah pada mac-april 2012. Adakah saya perlu re submit permohonan online?  
    2) Saya belum lagi menghantar dokumen2 yang diperlukan ke sekolah. Adakah saya dibenarkan membuat demikian sekarang?

  11. ZalizaZahari says:

    Salam, saya dah daftar untuk anak saya secara online untuk penempatan murid tahun 1 2014 pada bulan may 2012. 
    1) Mengikut keyataan di atas, tempoh untuk mendaftar adalah pada mac-april 2012. Adakah saya perlu re submit permohonan online?  
    2) Saya belum lagi menghantar dokumen2 yang diperlukan ke sekolah. Adakah saya dibenarkan membuat demikian sekarang?

  12. Effa Hashim says:

    Salam, Saya ingin bertanya bagaimana untuk mendaftar anak saya ke tahun 1 pada 2014 yg lahir pada 28-03-2007 ke SKBJ jika telah terlepas tarikh pendaftaran? Untuk pengetahuan Cikgu Radzi kami akan berpindah ke Subang Permata pada May 2013.
    Please advise & thanking you in advance. Wassalam

Leave a Reply

%d bloggers like this: